Urutan Tata Cara Malam Pertama yang Benar dan Baik Menurut Islam
Penulis Unknown | Ditayangkan 28 Mar 2018foto via masirul.com
Habis akad nikah.
Tak sabar pengen malam pertama bersama istri
Jangan buru-buru dan sembarangan, ada tata cara yang benar dan baik menurut islam saat malam pertama bersama istri.
Malam pertama merupakan malam yang paling ditunggu-tunggu para pria sebagai suami untuk berjima' dengan istrinya.
Istri harus mengerti keinginan suami tersebut.
Karena malam pertama merupakan malam yang paling tak terlupakan bagi pasangan suami istri.
Tapi pada saat mau bersenggama pada saat malam pertama, jangan terburu-buru dulu.
Ketahui adab dan tata caranya, agar jima'mu tidak menjadi dosa.
Nah, agar hal seperti itu tak terjadi padamu, berikut adab dan tata cara malam pertama yang benar dan baik menurut islam sebagaimana dikutip wanista.com
Urutan Tata Cara Malam Pertama Menurut Islam
1. Beri salam pada isteri
Suami hendaklah mengucapkan salam terlebih dahulu (Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh) kepada isteri sebagaimana yang pernah dilakukan Rasulullah S.A.W.
Baca Juga : Qurrotul Uyun, Panduan Bersenggama Suami Istri
2. Bergurau
Hendaklah suami membuat gurauan atau berbual ringan dengan isterinya agar suasana tidak tegang.
Boleh juga diawali dengan memberikan minuman atau manisan seperti coklat/buah-buahan kepada pasangan.
Do something sweet for your partner
3. Suami berdoa untuk isteri
Suami boleh letakan tangannnya di atas kepala isteri lalu membacakan doa:
Allahummaa innii as-aluka min khairihaa wa khairi maa jabaltahaa alaihi Wa ‘audzubika min syarrihaa wa syarri maa fiihaa wa syarri maa jabaltahaa alaihi.
“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu untuk kebaikan dirinya dan kebaikan tabiat (sikap atau perilaku) yang dia bawa. Dan aku berlindung dari kejelekannya (keburukannya) dan kejelekan tabiat (sikap atau perilaku) yang ia bawa.” (HR. Bukhari)
Baca Juga : Doa Bersetubuh dalam Bahasa Arab
4. Sholat sunnah 2 rakaat
Hal ini bagi memberikan ketenangan kepada pasangan supaya tidak terkejut atau berasa terlalu gementar.
Ha, sebab tu sebelum berkahwin cepat-cepat suruh bakal suami korang tu betulkan bacaan solat mereka.
Pastikan Al-Quran sudah dikhatamkan agar tiada masalah untuk menjadi imam kepada anda apabila sudah halal kelak.
Paling tidak, suami perlu tahu… hafal… dan lancar bacaan surah lazim.
5. Disunnahkan sikat gigi
Islam amat mementingkan kebersihan. Sebelum berjima', pastikan anda dan pasangan sudah mandi dan gosok gigi.
Jangan biarkan jima'mu menjadi tidak mesra kerana salah seorangnya ‘makan hati’ apabila mulut pasangannya berbau busuk dan sebagainya.
Baca Juga : 7 Gaya 'Berjima' yang Benar Menurut Islam, Selain Lebih Enak juga Nggak Nambah Dosa
Baca Doa Sebelum Berjima'
Yang ini penting namun sering dilupakan.
Solat sunat sahaja tidak cukup kerana syaitan gemar mengganggu pasangan saat berlakukan saat berjima'
Untuk itu baca doa supaya zuriat yang mungkin terhasil daripada jima'mu ini sentiasa dipelihara Allah dan dijauhi pengaruh syaitan, iblis mahupun jin.
سْمِ اللهِ، اَللَّهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ وَجَنِّبِ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا.
“Dengan menyebut nama Allah, Ya Allah, jauhkanlah aku dari syaitan dan jauhkanlah syaitan dari anak yang hendak Engkau kurniakan kepada kami.” (HR. Bukhari-Muslim)
Rasulullah S.A.W bersabda:
“Maka, jika Allah menetapkan atau mentakdirkan lahirnya seorang anak daripada hubungan antara keduanya, nescaya syaitan tidak akan membahayakan dan mencelakakannya selama-lamanya.”
6. Suami boleh melakukan apa saja namun hanya pada kemaluan isteri
Sebagaimana firman Allah SWT:
“Isteri-isterimu adalah (seperti) tanah tempat kamu bercucuk tanam (ladang bagimu), maka datangilah tanah tempat bercucuk-tanammu (ladang) itu bagaimana saja kamu kehendaki (kapan saja kamu sukai)… Dan kerjakanlah (amal yang baik) untuk dirimu, dan bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahawa engkau kelak akan menemui-Nya. Dan berilah khabar gembira orang-orang yang beriman.”
(Q.S. Al Baqarah: 223)
Asbabun Nuzul ayat diatas adalah
Ibnu ‘Abbas radhiallahu ‘anhu berkata, “Pernah suatu ketika Umar ibnu Khattab menemui Rasulullah S.A.W, seraya berkata, “Ya, Rasulullah, celakalah aku”. Beliau Rasulullah kembali bertanyakan, “Apa yang membuatmu celaka, wahai Umar ibnu Khattab?”
Umar ibnu Khattab kemudian menjawab, “Aku membalikkan pelanaku (isteriku) tadi malam”.
Namun Rasulullah S.A.W tidak memberikan jawapan atas pertanyaan tersebut sehinggalah turunnya ayat sebagaimana firman Allah S.W.T seperti di atas tadi.
Kemudian, Rasulullah S.A.W bersabda:
“Gauli atau cumbuilah isterimu dari arah depan mahupun belakang. Akan tetapi hindarilah atau jangan menyetubuhinya dari dubur (punggung) ataupun ketika ia sedang haid (datang bulan).”
7. Masih boleh bercumbu dengan isteri ketika isteri haid
Jika sang suami teringin berjima’ dengan isteri namun isteri sedang dalam haid. Isteri masih boleh membenarkan suami mencumbuinya.
Asalkan tidak memainkan peranan menggunakan kemaluannya untuk bersetubuh (termasuklah dubur kerana jatuh pada hukum haram).
Baca Juga : Naudzubillah, 7 Hal ini Membuat Berjima' Suami-Istri Menjadi Haram
Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud:-
“Lakukanlah apa saja kecuali jima’ atau bersetubuh.”
HaditSh sahih diriwayatkan oleh Imam Muslim no. 302 dan Abu Dawud no. 257… Dan dibawakan oleh sahabat Anas bin Malik R.A.
8. Berjima’ boleh dilakukan kapan saja
Adalah dibolehkan untuk suami menggauli atau mencampuri isterinya kapan saja yang dikehendakinya kecuali ketika isteri sedang dalam haid atau uzur yang akan memberi keburukan kepada keduanya.
9. Sunnah berwudhu’ dan mandi wajib
Para ulama berpendapat kuat bahawa sunnah berwuduk dan mandi wajib ini hendaklah dilakukan oleh suami sebaik sebelum tidur.
Isteri juga harus mandi wajib tetapi tidak disunnahkan dilakukan sebelum tidur seperti suami, mungkin boleh dilakukan sebelum bersiap solat Subuh.