Lakukan 13 Cara Ini Agar Otakmu Fokus Dan Tenang Ketika Menghadap Allah SWT

Penulis Unknown | Ditayangkan 16 Dec 2017

Lakukan cara ini jika ingin sholatmu khusyu.

Lakukan 13 Cara Ini  Agar Otakmu Fokus Dan Tenang Ketika Menghadap Allah SWT
Duduk Diantara Dua Sujud  Foto diolah dari islamidia.com

Khusyuk dalam sholat itu rezeki. Bila khusyuk hati jadi tenang dan fokus. Selain memahami bacaan dalam sholat, anda juga boleh praktiskan 13 cara yang Dr Rizal Abu Bakar, Brain Expert. Sebelum itu ketahui dahulu bagaimana khusyuk ini boleh mempengaruhi otak.

Bagaimana Khusyuk Pengaruhi Otak
Sholat itu tuntutan. Suruhan dari tuhan. Hadiah untuk insan. Sholat bukan sekadar rutin. Bukan juga aktivitas berdiri, rukuk dan duduk. Ia aktivitas yang libatkan otak.

Baca Juga : 6 Mandi yang Disunnahkan Dalam Ajaran Islam

Yang lebih menarik ada beda antara solat khusyuk dan tidak. Keduanya terpamer pada otak manusia. Apabila seorang insan bersolat tanpa khusyuk, otak bahagian prefrontal cortex (PFC) masih terus aktif. Semua aktiviti dunia berlari di minda seperti tayangan movie.

Tiada tenang. Tiada damai. Tiada perkataan baginda “Arihna Ya Bilal” (rehatkan kami Wahai Bilal) bertakhta di sanubari. Manusia kekal kalut. Kekal bergelut. Gambar imbasan otak sebelah kiri cerita segalanya. Warna kuning tanda otak masih aktif.

Lakukan 13 Cara Ini  Agar Otakmu Fokus Dan Tenang Ketika Menghadap Allah SWT
Gambar otak orang yang tidak khusyu’ dan orang yang khusu’ | Foto : islamidia.com

Apabila hadir solat dengan hati. Merunduk menatap bumi, bahagian PFC senyap sunyi. Bukti tuhan diingati dan dikasihi.

Menarik lagi, bahagian lain pula menjadi aktif. Basal Ganglia, pusat reward atau habuan menjadi aktif. Tanda lega dan tenang bersarang di hati.

Anterior Cingulate Gyrus juga tidak terkecuali. Kesedaran emosi dan sosial berpusat di sini. Kurangkan rasa marah dan anxiety.

Rasa ragu hilang. Rasa gengsi tak lagi beraksi. Kajian ini dimuat dalam Journal of Physiology tahun 2015. Kajian ke atas orang yang solat. Solat sebagai rutin berbanding dengan memaknai makna ketuhanan.

Kajian ini berikan makna beda. Antara khusyuk dan solat biasa. Solat dengan khusyuk beri kesan luarbiasa pada otak. Wujud tenang, damai, kuatkan rasa bertuhan.

Baca Juga : Lebih Baik Daripada Doa, Amalan ini Bisa Jadi Hadiah Untuk Orang yang Telah Meninggal

Sholat Dengan Khusyuk
Apabila kita solat dengan khusyuk, aktivitas OTAK bernama Parietal Lobe menjadi kurang aktif. Fokus hanya pada yang satu. Bukan lagi terkenang kunci yang hilang atau apa yang perlu dibuat selepas ini.

Apabila OTAK masih sibuk fikirkan hal dunia, tandanya Parietal Lobe masih aktif.

13 Cara Tentramkan Parietal Lobe
Untuk tentramkan bahagian ini perlu praktek. Setiap hari. Tanpa latihan tidak akan berhasil:

1.Cari tempat yang tiada gangguan. Boleh jadi bilik tidur atau mana-mana tempat yang sesuai. Jauh dari gangguan untuk 5 minit sebagai permulaan.

2. Duduk dalam keadaan selesa. Cara duduk terpulang. Asal SELESA. Pejamkan mata atau buka bergantung pada tahap SELESA.

3. Bernafas melalui hidung. Rasakan udara yang masuk. Sejuk @ panas. Hembus nafas melalui mulut. Rasakan udara yang keluar.

4. Teruskan bernafas. Fokuskan pada bagian dada yang turun naik apabila bernafas. Teruskan bernafas. Rasakan pergerakan itu.

5. Teruskan bernafas. Alihkan fokus pada pergerakan di perut. Turun naik perut. Rasakan.

6. Mungkin fikiran akan melayang. Biarkan. Kembalikan fokus pada rasa udara keluar masuk, gerakan di dada dan diperut.

7. Setelah dua menit, boleh mulakan zikir. Ambil perkataan dua suku kata. Contohnya Allah. Ini akan aktifkan Frontal Lobe.

8. Praktis 5 menit dulu. Buat untuk 12 hari. Tujuan utama untuk belajar tentramkan PARIETAL LOBE.

9. Apabila sudah dapat rentak ini, setiap kali sebelum solat, lakukan aktivitas ini. Bernafas dan berzikir.

10. Harus tepat waktu, Beri waktu lebih Untuk ruang bertenang.

11. Setelah zikir dan sebelum mulakan sholat bernafas dengan tenang. Berdiri dan bernafas dengan relaks.

12. Waktu sholat nafas perlu dijaga. Ritma nafas perlu selari dengan bacaan. Contohnya, tarik nafas dan baca ayat. Berhenti dan tarik nafas untuk ayat berikutnya. Kaedah ini akan tenteramkan parietal lobe.

Baca Juga : Sering Diabaikan Kaum Muslimin, Padahal Penting Sunnah Ketika Keluar Masuk Masjid

13. Fokus pada sebutan bacaan. Apabila fikiran melayang, tarik nafas, lepas. Sambung semula apabila dapat fokus kembali.

Perlu praktek. Tenang tidak bertandang tanpa diundang. Khusyuk itu rezeki. Salah satu tanda betapa dekatnya kita dengan kiamat ialah Allah tarik nikmat khusyuk ini. Dan kiamat kecil ialah kematian kita.
SHARE ARTIKEL