7 Sunnah Nabi Muhammad Paling Hebat yang Perlu Kita Amalkan

Penulis Huda Mbothe | Ditayangkan 28 Dec 2017
Mengikuti sunnah Nabi Muhammad akan menjadikan kita semakin dekat dengan Allah, inilah 7 sunnah Nabi yang paling hebat yang perlu kita amalkan..

7 Sunnah Nabi Muhammad Paling Hebat yang Perlu Kita Amalkan
sunnah Nabi yang perlu kita amalkan : mipuntodevista.com.mx

Setiap hari sering kali kita mengabaikan sunnah yang diajarkan Nabi Muhammad, meskipun itu sangat mudah kita lakukan, namun inilah sunnah Nabi Muhammad paling hebat yang perlu kita lakukan..

Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT.

Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat.

Inilah ketujuh sunnah Nabi yang paling hebat serta perlu kita amalkan : 

1. Solat Tahajjud,

Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah. Dan Allah S.W.T berfirman: “Dan pada sebahagian malam hari bertahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu. Mudah mudahan Tuhan Mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji, “(Al-Israa ‘: 79)

Baca juga : Ini 4 Sifat yang Bikin Pernikahanmu Nggak Sakinah Mawaddah Warahmah

2. Membaca Al-Quran dengan maksudnya,

Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi. Kita tidak hanya disuruh membaca, tetapi juga memahami dan menghayati artinya serta dilanjutkan dengan mengamalkan ajaran-ajaran yang terkandung di dalamnya.

3. Memakmurkan Masjid / Solat Subuh di Masjid

Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, karana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

4. Shalat Dhuha,

Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dahsyat dalam mendatangkan rezeki.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata, Rasulullah shallallahu’ alaihi wa sallam bersabda,
“Setiap persendian manusia diwajibkan untuk bersedakah setiap harinya mulai matahari terbit. Memisahkan (menyelesaikan perkara) antara dua orang (yang berselisih) adalah sedekah. Menolong seseorang naik ke atas kenderaannya atau mengangkat barang-barangnya ke atas kenderaannya adalah sedekah. Berkata yang baik juga termasuk sedekah. Begitu pula setiap langkah berjalan untuk menunaikan solat adalah sedekah. Serta menyingkirkan suatu rintangan dari jalan adalah sedekah “. [HR. Bukhari dan Muslim] Orang-orang salafush-soleh pernah bilang “jika kalian menginginkan kebahagiaan di dunia dan akhirat kelak, maka lakukan shalat dhuha”

5. Bersedekah

7 Sunnah Nabi Muhammad Paling Hebat yang Perlu Kita Amalkan
Bersedekah : starpress.info

Baca juga : Fitnah yang Ditakutkan Rasulullah ini Sudah Benar-Benar Dijalankan Iblis Sebagai Senjata Utama

Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Seorang sudah boleh disebut mukmin yang sebenarnya, jika sudah bersedekah. Carilah rezeki dengan sedekah. Demikian juga bertaubatlah dengan bersedekah, jika kita sakit juga hendaknya bersedekah.

6. Menjaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu.

Jaga wudhu’ terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu’. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib,

“Orang yang selalu berwudhu’ senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”

7. Amalkan istighfar setiap saat.

Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.  Istighfar setiap saat dan dalam segala aktiviti apapun diperintahkan beristiqfar. Ketika kita mau tidur, mau makan dalam melakukan suatu pekerjaan, di jalan, di mobil dan di manapun hendaknya selalu dalam keadaan beristiqfar. Orang yang kuat istiqfarnya, maka naluri dan kecenderungan rahmatnya (berguna dan boleh membahagiakan orang lain atau bahkan makhluk lain) sangat kuat sekali.

Sudahkah kita mengamalkan ketujuh sunnah Nabi diatas,  jika belum mari kita amalkan sunnah-sunnah Nabi yang senantiasa menambah kedekatan kita kepada Allah
SHARE ARTIKEL