Sering Ditimpa Musibah? Anda Pasti Belum Melakukan 12 Amalan Ini, Wajib Diketahui

Penulis Huda Mbothe | Ditayangkan 29 Nov 2017
Pasti kita semua pernah terkena musibah bahkan ada yang sering terkena musibah, bagi yang sering terkena musibah anda pasti belum melakukan amalan ini..

Sering Ditimpa Musibah? Anda Pasti Belum Melakukan 12 Amalan Ini, Wajib Diketahui

Semua kaum manusia pasti tidak luput dengan yang namanya musibah. Pasti semuanya pernah terkena musibah oleh karena itu agar kita terhindar dari musibah maka amalkanlah 12 amalan ini...

Teringat suatu masa dahulu, ada seseorang pernah mengadu tentang dirinya yang sering ditimpa musibah dalam hidup. Beliau hampir berputus asa untuk meneruskan kehidupan.

Baca juga : Pamer Ibadah Disosmed Bukan Mendapat Pahala, Malah Masuk Neraka, Kok Bisa..?

Asakan demi asakan diterima bertalu-talu tanpa henti bagai peluru yang menghentam sebuah bangunan sehingga habis berlubang sana sini.

Itulah sedikit analogi yang dapat digambarkan keadaan beliau waktu itu. Hati remuk dan kecewa mempersoalkan nasib malang yang menimpa dirinya.

“Kenapa semua ini berlaku padaku? Kenapa tidak pada orang lain?”

“Katanya, Allah itu ada dengan hambaNya, kenapa diberi dugaan sebegini pada orang yang lemah seperti aku.”

“Di mana Allah? Saban hari aku berdoa agar dilepaskan bebanan dugaan hidup ini. Aku dah tak sanggup. Tetapi, semakin aku berdoa semakin banyak dugaan diberi. Bahkan ditambah-tambah lagi. Ya Tuhan, tidak kasihankah engkau dengan diriku?”

Ternyata persoalan demi persoalan timbul seakan menolak takdir yang menimpa ketika itu. Tidak kurang juga dalam keadaan sedemikian, emosi juga turut terganggu lalu syaitan pun mulai membisikkan sesuatu yang tidak baik.

Istighfar dan zikrullah menjadi peneman harian dengan harapan agar dikurangkan dugaan tersebut.

Dengan izinNya, satu demi satu permasalahan dan dugaan yang dilaluinya itu berjaya ditempuhi. Jika diimbas kembali rentetan yang menimpa, dirinya tersenyum sendirian.

“Maha Baiknya Allah. Dia memberikan aku dugaan sedemikian agar aku lebih dekat dengan Dia. Berfikir akan kebesaran-Nya. Dia memang ada dengan hamba-Nya, hanya kita yang mahu mencari atau berlari dari-Nya.”

Lalu, dalam keadaan sedemikian dapat disimpulkan bahawasanya setiap kehidupan yang kita jalani ini sememangnya tidak lari dari ujian, dugaan, permasalahan dan apa-apa jua musibah.

Baca juga : Astagfirullah, Sales Farmasi Berikan Fasilitas Untuk Dokter yang Mau Pakai Obatnya, Ini Bentuk Suap?

Tahukah kita, kesemua yang ditakdirkan Allah SWT itu indah belaka. Dia menghantarkan ujian demi ujian tanda kasih sayangNya kepada setiap hambaNya.

Oleh itu, di sini dapat juga disenaraikan beberapa perkara yang boleh kita lakukan sebagai seorang Muslim apabila ditimpa musibah.

Berikut ini amalan yang bisa anda isitqomahkan dalam hidup

1. Bangun malam dan solat sunat Tahajjud

2. Bertaubat atas segala khilaf yang dilakukan

3. Tidak meninggalkan solat fardhu lima waktu

4. Melatih diri untuk membaca al-Quran pada setiap waktu selepas solat fardhu atau ketika waktu lapang. Ini kerana Al-Quran adalah salah satu ‘ubat penawar’ buat hati yang berduka

5. Sentiasa membasahkan lidah dengan zikrullah

6. Berfikiran positif dan yakin bahawa segala yang ditakdirkan kepada kita itu adalah untuk meningkatkan iman dan mendekatkan diri kita kepadaNya

7. Bersedekah walaupun sedikit

8. Sentiasa berbuat baik tanpa mengharapkan apa jua balasan

9. Mempertingkatkan amal ibadah termasuk amalan sunat bagi menampung ibadah fardhu yang wajib

10. Bersyukur di atas segala nikmat dan apa jua yang kita miliki

11. Bersabar di atas segala ujian yang menimpa diri

12. Meletakkan kebergantungan hidup kita kepada Allah dengan diiringi usaha dan tawakkal

Setuju atau tidak jika dikatakan bahawa seluruh kehidupan kita ini adalah ujian dari Allah SWT. Tidak kira kaya atau miskin, hakikatnya di mata Allah kita semua sama. Yang membezakannya adalah pada nilai taqwa kepadaNya.

Nahh mari kita amalkan ke 12 amalan diatas niscaya kita selalu terhindar dari bahaya kecil maupun besar dan selalu dalam lindungannya..Amiinn 
SHARE ARTIKEL