Racikan Jamu Untuk Bersihkan Rahim Selepas Haid Untuk Cegah Penumpukan Darah Kotor Berlebih

Penulis Arief Prasetyo | Ditayangkan 21 Dec 2019

Racikan Jamu Untuk Bersihkan Rahim Selepas Haid Untuk Cegah Penumpukan Darah Kotor Berlebih

Racikan Jamu Untuk Bersihkan Rahim Selepas Datang Haid Untuk Cegah Penumpukan Darah Kotor Berlebih - Image from www.klinikbermanfaat.com

Cara membuat jamu alami setelah haid
Agar darah kotor, bersih tak bersisa. Penting buat ibu-ibu, terutama ibu muda.


Minum Air jamu ini sangat bagus untuk membersihkan rahim selepas haid, bertindak untuk membuang angin dan memecah lemak serta mengatasi masalah bau badan.

Selain masalah senggugut, ada juga yang mengalami masalah haid tidak teratur dan hal ini akan mengganggu hormon seorang wanita.

Bila anda amalkan air jamu ini. Selain merawat masalah senggugut ketika haid, ia juga dapat mengurangkan keputihan jika ditambah daun sirih.

Baca Juga:

Cara untuk membuatnya juga mudah, bahan-bahannya berikut ini :

  • 2 sm halia
  • 2 sm kunyit
  • 2 batang serai
  • 2 helai daun pandan
  • 3 cawan air
  • Gula batu atau madu sesuai seler

Cara buatnya :

  • Basuh halia dan kunyit. Boleh dihiris jika mahu. Masukkan juga serai dan daun pandan.

  • Masukkan air dan biarkan ia mereneh seketika.

  • Selepas air mengering dan dianggar menjadi satu cawan, tutupkan api. Biarkan suam sebelum ditambah madu atau gula batu ketika mahu diminum.

  • Anda boleh tambahkan sebiji buah manjakani untuk merapatkan bahagian intim (tetapi tidak sesuai untuk anak dara). Untuk mengurangkan masalah keputihan, bolehlah ditambah dua helai daun sirih
Baca Juga :

Air jamu ini baik untuk :

  • Membersihkan rahim selepas haid.
  • Mengeluarkan angin dalam badan.
  • Memecahkan lemak di perut.
  • Mengurangkan masalah bau badan.

Amalkan air ini sebulan sekali dan ingin diingatkan, air ini tidak sesuai untuk ibu mengandung.

Air jamu ini tidak pahit bahkan harum. Cuma jika ditambah biji manjakani akan menjadi sedikit pahit.

Jangan amalkan berlebihan kerana sirih dan kunyit berlebihan akan menyebabkan cepat putus haid.
SHARE ARTIKEL