Ahli Neraka, Didominasi Wanita. Ya Allah Kenapaaa??

Penulis Unknown | Ditayangkan 22 Aug 2016

Ahli Neraka, Didominasi Wanita. Ya Allah Kenapaaa??

Suatu ketika terjadi gerhana matahari pada zaman Nabi SAW. Baginda lalu melaksanakan solat gerhana bersama para sahabatnya. Nabi SAW berdiri sangat lama seperti membaca surah al­Baqarah.
Selesai solat, Rasulullah SAW bersabda, "Diperlihatkan kepadaku Neraka sebentar tadi. Tidak pernah aku melihat pemandangan yang sangat mengerikan seperti hari ini. Aku melihat kebanyakan ahlinya adalah perempuan."

Para sahabat bertanya, "Apakah sebabnya, wahai Rasulullah?"

"Sebabnya adalah kekufuran mereka, " jawab Nabi SAW.


Mereka bertanya lagi, "Apakah mereka kufur kepada Allah SWT?"


Baginda bersabda, "Mereka kufur (tidak berterima kasih) kepada suami, suka melupakan kebaikan. Andai engkau memperlakukan salah seorang daripada mereka dengan baik seumur hidupmu, lalu ia melihat sesuatu (yang dibenci) darimu, maka ia akan berkata, aku tidak pernah melihat kebaikan sedikitpun daripadamu."

Banyaknya bilangan perempuan di Neraka tidak lain kerana bilangan mereka yang sangat besar dalam populasi dunia. Kaum perempuan selalu lebih ramai daripada kaum lelaki. Oleh itu, perempuan bukan hanya terbanyak di Neraka, namun juga terbanyak di Syurga. Demikianlah pendapat al­Qadi 'Iyad dan Imam al­Nawawi dalam Syarh Sahih Muslim. Untuk lebih meyakinkan bahawa hadis ini bukannya sedang merendahkan derajat perempuan, sebuah riwayat lain menyebut kaum perempuan yang Nabi SAW lihat pada masa itu ialah mereka yang memiliki sifat­-sifat tertentu.

Ahli Neraka, Didominasi Wanita. Ya Allah Kenapaaa??

Imam Ahmad meriwayatkan daripada Jabir, Rasulullah SAW bersabda,
"Kebanyakan wanita yang aku lihat di dalam Neraka ialah orang yang jika dititipkan rahsia, mereka menyebarkannya. Jika diminta, mereka bakhil. Jika meminta, mereka sangat memaksa dan jika diberi, mereka tidak berterima kasih."

Namun apa penyebabnya wanita masuk neraka?

1. Kufur Terhadap Suami dan Kebaikan-Kebaikannya

Kekufuran seumpama ini terlalu banyak kita dapati di tengah-tengah keluarga kaum muslimin, iaitu seorang isteri yang mengingkari kebaikan-kebaikan suaminya selama sekian waktu yang panjang hanya dengan sikap suami yang tidak sesuai dengan kehendak isteri sebagaimana kata pepatah,’panas setahun dihapus oleh hujan sehari’. 

2.Durhaka Terhadap Suami

Kedurhakaan yang dilakukan seorang isteri terhadap suaminya pada umumnya berupa tiga bentuk kedurhakaan yang sering kita jumpai pada kehidupan masyarakat kaum Muslimin. Tiga bentuk kedurhakaan itu adalah :

1. Durhaka dengan ucapan.
2. Durhaka dengan perbuatan.
3. Durhaka dengan ucapan dan perbuatan.

3. Tabaruj

Ahli Neraka, Didominasi Wanita. Ya Allah Kenapaaa??

Yang dimaksud dengan tabarruj ialah seorang wanita yang menampakkan perhiasannya dan keindahan tubuhnya serta apa-apa yang wajib ditutupnya dari pandangan lelaki bukan mahramnya.

Ya Allah semoga kita dan istri suami dan keluarga kita termasuk ahli surga dan dijauhkan dari siksa neraka. Aamiin Ya Rabbal Alamin..
SHARE ARTIKEL