Rezekimu Jadi Tak Berkah Karena 6 Perkara ini Sering Kamu Lakukan. Hindarilah

Penulis Unknown | Ditayangkan 23 Dec 2017
Rezekimu Jadi Tak Berkah Karena 6 Perkara ini Sering Kamu Lakukan. Hindarilah
foto via islamidia.com

Penyebab rezeki jadi tak diberkahi Allah....

Jangan sampai itu terjadi padamu...

Rezeki selalu ada dan lancar tanpa ada gangguan sama sekali. Tapi adaa satu yang membuat cemas yaitu rezeki yang didapat tak berkah. Inilah yang membuat banyak orang bertanya-tanya. Apa penyebabnya?

Agar kamu nggak penasaran lagi, inilah penyebab rezekimu jadi tak berkah. Sebagaimana dikutip tazkirah.net

1. Datang Lewat Ke Pejabat

Ketika mendapat pekerjaan, kita telah menandatangani kontrak waktu pejabat yang perlu kita datang dan balik. Kita datang lewat dan minta kawan punch card kehadiran dan pulang awal.

2. Melengahkkan Kerja

Jika kerja bermula pukul 8.00 pagi, masa tersebut digunakan untuk ke kafe atau gerai yang berdekatan untuk membeli sarapan, tidak sempat masak katanya sebab sibuk menyiapkan anak nak sekolah dan suami. Akhirnya pukul 8.30 atau 9.00 pagi baru mula kerja

Baca Juga : Awas,Tindakan Ini Bisa Membuat Rezeki Tersumbat

3. Menggunakan Harta Syarikat Untuk Tujuan Sendiri

Alat tulis merupakan harta pejabat yang sering disalah gunakan. Ada yang membawa balik untuk tujuan peribadi atau anak-anak dirumah

4. Membuat Tuntutan Melebihi Apa Yang Dikerjakan

Membuat tuntutan kerja lebih masa atau perjalanan melebihi dari apa yang dikerjakan bukan sahaja salah di sisi undang-undang syarikat malah lebih teruk lagi duit tersebut merupakan duit haram

5. Bermain Telefon Bimbit Ketika Bertugas

Terdapat banyak aplikasi di dalam telefon bimbit seperti permainan dan swafoto digunakan ketika waktu pejabat. Kaum Adam yang kebiasaan menjuarai permainan online juga tidak melepaskan peluang bermain pada waktu pejabat.

Baca Juga : Suami bersyukurlah, Ternyata Rezekimu Bisa Lancar Itu Karena Salah Satu Dari 10 Sifat Istrimu ini

6. Membeli Belah Secara Online

Laman web membeli belah secara online begitu popular sekarang. Kesempatan ini diambil oleh kaum Hawa membeli dan melihat pelbagai barangan yang dijual supaya mudah bagi mereka hendak membeli ketika mendapat gaji bulanan nanti.

Laman web untuk membida barangan pada harga yang tidak masuk akal juga sering dilayari pada waktu pejabat. Jika anda mempunyai rakan-rakan dari bidang teknologi maklumat, anda boleh bertanya pada mereka laman web yang sering dilayari oleh staff pejabat.

Pelbagai implikasi yang sering kita lihat dan dengar hasil dari gaji yang tidak berkat ini. Mungkin ada yang kita biasa dengar dari rakan-rakan pejabat mengomel tentang sesuatu perkara ketika baru mendapat gaji seperti;
“Time ni la kereta ni nak rosak” 
“Aduh sakit lah pulak “ 
“Lah .. hilang pulak .. baru je beli hari tu “ 
“Eh tak cukup ke duit? Baru je hari tu buat budget betul “
Sebenarnya gaji yang kita dapat walaupun sedikit memang cukup buat kita sekeluarga kerana Allah sudah menetapkan rezeki masing-masing. Allah tidak akan menzalimi hamba-Nya.

Oleh yang demikian berhati-hatilah dalam melakukan pekerjaan agar rezeki yang kita terima kelak merupakan rezeki yang berkat.
SHARE ARTIKEL