Suami: "Jangan Anggap Remeh jika Istri Sampai Ikut Menanggung Uang Belanja"

Penulis Dzikir Pikir | Ditayangkan 18 Mar 2017
Suami:
Foto via liputan6.com

Sudah selayaknya seorang lelaki sebagai kepala rumahtangga memenuhi segala kebutuhan hidup dalam rumah baik untuk istri maupun anak-anaknya. Namun bagaimana jika istri juga ikut menanggung beban ini? Apakah salah? Bagaimana hukumnya dalam islam?

Mengutip binusrah.bolgspot.com, sebuah pertanyaan yang dilontarkan oleh seorang perempuan dalam kesempatan ceramah agama.

Pertanyaan,
Assalamualaikum. Saya ada sedikit kekeliruan tentang nafkah. Semasa di awal perkahwinan, saya pernah memberitahu suami bahwa saya akan membantu suami untuk membayar bil2 utiliti (tagihan) untuk mengurangkan beban suami. Kadang2 saya turut mengeluarkn uang untuk membeli belanja seharian.

Setelah beberapa tahun berkahwin, saya dapati pendapatan suami telah meningkat dan saya yakin suami boleh (bisa) menggunakan uang tersebut untuk membayar bil2 tersebut. Masalahnya adalah sekarang suami seolah2 menganggap saya wajib membayar bil2 rumah dan kadangkala turut mengatakan ayat bahwa asyik dia sahaja yang mengeluarkan uang belanja rumah, minyak kereta dan sebagainya.

Apabila saya memberitahu itu adalah tanggungjawabnya sebagai suami, dia akan mengungkit bahwa dia telah banyak mengeluarkan duit sendiri. Apakah hak saya sebagai isteri dalam permasalahan ini? Mintak penjelasan ustaz. Terima kasih.

Jawaban;
Bismillah, walhamdulillah, wassolatu ala Rasulillah.

1. Nafkah bagi kehidupan suami-isteri (iaitu belanja-belanja keperluan hidup untuk mereka) adalah tertanggung sepenuhnya di atas bahu suami. Ia adalah kewajiban suami yang ditetapkan Syariat. Sabda Nabi SAW; “Wajib atas kamu (para suami) menyediakan untuk mereka (yakni isteri-isteri kamu) rezki mereka dan pakaian mereka mengikut kebiasaannya” (Soheh Muslim; 1218. Abu Daud; 1905, dari Jabir bin Abdullah RA).

Menurut ulama; maksud rezki dalam hadis ialah nafkah hidup merangkumi makanan, pakaian, tempat tinggal dan sebagainya. Hukumnya adalah wajib atas suami. Menurut Imam an-Nawawi; terkandung dalam hadis ini kewajipan (suami) menafkahi isteri dan menyediakan pakaian untuk mereka. Hukum ini telah diijmakkan oleh ulamak”.

Baca Juga: Ditanya Hukum Wanita Memajang Foto di FB, WA, BBM. "Berarti dia berjiwa pelacvr" kata seorang ustadz.

2. Digalakkan isteri membantu suami, namun bukan atas dasar kewajiban, tetapi semata-mata ihsan darinya sahaja. Para suami perlu menyedari hakikat ini. Tidak harus mereka memaksa isteri untuk turut sama menanggung nafkah keluarga. Isteri yang engkar kepada arahan suami dalam perkara tersebut tidak dianggap sebagai nusyuz di sisi Syariat.

Dalam hal ini suami tidak harus menggunakan kuasa vetonya, sebaliknya mengesyorkan secara baik kepada isteri. Isteri pula jangan keberatan membantu kewangan suami selagi termampu kerana wang/harta yang dibelanja untuk suami dan keluarga akan diberi dua pahala/ganjaran oleh Allah; pahala sedekah dan pahala qarabah.

Ini sebagaimana sabda Nabi SAW –tatkala baginda ditanya berkenaan isteri yang membelanjai suami dan anak-anaknya-; “Untuknya dua pahala; pahala qarabah (mengeratkan ikatan keluarga) dan pahala sedekah” (Soheh al-Bukhari; 1466. Muslim; 1000).

3. Apabila suami mengizinkan isteri untuk keluar berkerja, pendapatan isteri adalah milik penuhnya. Tidak harus diambil suami melainkan dengan persetujuannya.

Kecuali jika suami mengsyaratkan sebahagian pendapatan hendaklah digunakan untuk belanja rumah sebagai tukaran kepada keizinan yang diberinya untuk keluar berkerja, ketika itu isteri terikat dengan syarat tersebut.

Nabi SAW bersabda; “Orang Islam terikat dengan syarat (yang dipersetujui) sesama mereka kecuali syarat yang mengharamkan yang halal atau menghalalkan yang haram” (as-Sunan al-Kubra, al-Baihaqi; 11430, dari ‘Amru bin ‘Auf al-Muzani RA). Tanpa syarat tersebut, kewajipan nafkah sepenuhnya atas suami. Wallahu a’lam.
SHARE ARTIKEL